Belajar Bagaimana Mahir Berkomunikasi Bahasa Inggeris Dengan 4 Program Latihan KelasEnglish.Com

Product image

Kuasai bahasa Inggeris dari rumah, cafe, pusat membeli-belah, taman rekreasi atau di mana-mana pilihan anda...

Amaran: Ini adalah serius, peluang belajar Bahasa Inggeris cara mudah, terhad untuk mereka yang berdedikasi dan ikhlas untuk menguasai bahasa alien bagi meningkatkan pencapaian kendiri.


Buat tempahan



Saudara/i yang dihormati,

Saya akan memberitahu anda dua sebab mengapa begitu ramai orang gagal menguasai bahasa Inggeris. Tetapi sebelum itu...

Bayangkan, apa yang boleh anda capai dan perolehi sekiranya anda mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan lebih baik...

Lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan pelanggan dan mereka yang berpangkat lebih tinggi daripada anda



Ramai orang yang enggan menjalankan perniagaan, terlibat dalam bidang pemasaran dan perkhidmatan pelanggan kerana mereka tidak berkeyakinan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sedangkan bidang-bidang inilah yang mendapat ganjaran terbesar. Apabila anda terlibat dengan bidang-bidang yang disebutkan, mahu atau tidak anda perlu berhadapan dengan pelbagai peringkat dan bangsa manusia.

Walaupun bahasa rasmi Malaysia adalah bahasa Melayu, lebih ramai yang bertutur dalam bahasa Inggeris apabila berurusan dalam perniagaan. Sekurang-kurangnya mereka bertutur dalam bahasa rojak, campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Bayangkan, sekiranya anda mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan lebih baik, anda lebih yakin untuk berhadapan dengan pelbagai jenis manusia tanpa mengira bangsa dan bahasa yang mereka akan gunakan. Ini kerana bahasa Inggeris adalah bahasa yang paling luas dan banyak digunakan di seluruh dunia.

Mendapatkan pekerjaan pertama anda setelah sekian lama menganggur



Cuba anda lihat iklan-iklan jawatan kosong yang disiarkan di media-media. Rata-rata daripada iklan tersebut akan memberitahu bahawa kebolehan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris adalah keutamaan. Jika tidak diberitahupun, cubalah anda memohonnya dan menghadiri temuduga. Biasanya temuduga akan dilakukan dalam bahasa Inggeris. Bahkan, bagi sektor awam sekarangpun, temuduga bagi jawatan pegawai dilakukan dalam dua bahasa, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (50-50).

Mengapa agaknya berlaku keadaan sedemikian? Adakah anda boleh mengubah keadaan ini?

Ya, anda tidak boleh mengubah keadaan semasa tetapi anda boleh mengubah keadaan diri anda daripada menganggur kepada bekerja sekiranya anda boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik.



Mendapat kenaikan pangkat dan menjawat jawatan dengan ganjaran yang lebih lumayan

Pada 23 Mac 2008, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim telah meminta supaya semua pegawai Wisma Putra meningkatkan penguasaan dalam pelbagai bahasa utama dunia, terutama bahasa Inggeris.

Tentu anda juga menyedari bahawa sekiranya pegawai kerajaan juga perlu menguasai bahasa Inggeris, apatah lagi anda yang bekerja di sektor swasta.



Bayangkan, terdapat kekosongan jawatan kanan di jabatan anda. Anda adalah salah satu calon yang berkelayakan untuk memegang jawatan itu tetapi anda tidak mahir menggunakan bahasa Inggeris. Manakala rakan anda yang mempunyai kelayakan yang sama dengan anda, lebih mahir menggunakan bahasa Inggeris. Cuba anda fikir, siapakah di antara anda berdua yang lebih berpeluang untuk menjawat jawatan tersebut?

Melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara

Ramai yang mengeluh apabila kerajaan mewajibkan kelulusan MUET untuk kemasukan ke universiti tempatan. Saya tidak berkesempatan menduduki MUET tetapi saya telah mengambil English 1119 yang diselia oleh British Council.

Dan walaupun saya mendapat A1 dalam SPM untuk bahasa Inggeris (saya sentiasa mendapat A1 dalam ujian dan peperiksaan), saya hanya mendapat Level 6 untuk English 1119 tersebut. Apabila saya melihat soalan MUET, ia adalah jauh lebih mudah daripada soalan 1119 yang telah saya ambil. Mungkin sebab itulah mengapa MUET kita tetap tidak diterima di peringkat antarabangsa...

Ramai juga yang merasa gerun untuk memohon melanjutkan pelajaran di luar negara kerana khuatir bagaimana mereka akan hidup tanpa boleh berkomunikasi dalam bahasa selain bahasa Melayu. Tetapi cuba anda bayangkan jika anda boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik...

Melancong ke luar negara

Seorang rakan baik saya mempunyai hasrat untuk melancong ke Australia - atas sebab apa beliau begitu beria-ia ingin melancong tempat itu, saya pun tak faham. Tetapi apabila saya menyuruh beliau pergi sajalah, yalah sekarang sesiapapun boleh terbang (Slogan Air Asia), beliau kata...

"Gile kau. Aku ni bukannya reti cakap omputeh. Kang kalau pegi sana, nak cakap apa?"

Saya tidak mengatakan bahawa anda mesti boleh bercakap bahasa Inggeris barulah boleh melancong, ramai orang yang berjaya mengerjakan haji tanpa perlu tahu bercakap bahasa Inggeris. Tetapi bukankah lebih seronok dan lebih banyak yang boleh anda pelajari jika anda boleh memahami bahasa yang dituturkan oleh orang tempatan?

Menghadiri seminar/ konferens/ mesyuarat antarabangsa

Salah sebuah syarikat tempat saya bekerja dahulu sering menerima jemputan untuk seminar antarabangsa (yang dijalankan di Malaysia). Dan tahukah anda siapa yang kerap berpeluang menghadiri seminar tersebut?

Ya, sayalah. Bukan kerana saya sentiasa cuba memonopoli, tetapi rakan sekerja yang lain enggan pergi kerana mereka kata mereka tidak faham apa yang dibincangkan di seminar tersebut.

Oleh kerana itu, saya mempunyai lebih banyak peluang untuk meningkatkan nilai diri. Bolehkah anda teka siapa yang lebih banyak kenaikan gajinya dan lebih disayangi oleh boss?

Selain daripada itu, boss saya juga lebih gemar membawa saya menghadiri mesyuarat bersama pelanggan kerana saya boleh berkomunikasi dengan mereka - kebanyakan pelanggan syarikat tersebut berbangsa asing. Justeru, secara tidak langsung network saya juga bertambah luas, dan saya menerima lebih banyak peluang peningkatan kerjaya.

Menulis buku, artikel, blog peringkat antarabangsa

Sejak mula dilaksanakan sehinggalah sekarang, ramai yang komplen tentang penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan untuk pelajaran Matematik dan Sains. Ramai yang membandingkan Malaysia dengan negara Jepun.

Ya, Jepun tetap boleh maju dan berjaya tanpa menggunakan bahasa Inggeris. Kenapa kita tidak boleh?

Tahukah anda bahawa setiap tahun, lebih 30 juta muka surat buku asing  diJepunkan (diterjemahkan ke bahasa Jepun), tetapi bagi tahun 2006, cuma 56 buah buku bahasa asing diMelayukan (diterjemahkan ke bahasa Melayu)?

Bayangkan jika anda boleh menterjemahkan buku bahasa Inggeris ini ke bahasa Melayu...

Bukan saja anda boleh membuat lebih banyak wang untuk diri anda sendiri, bahkan anda akan membantu membangunkan negara dan mengekalkan jati diri (menurut mereka yang merasakan berbahasa Inggeris boleh menghilangkan jati diri Melayu).

Bayangkan juga jika anda boleh menulis artikel dan blog dalam bahasa Inggeris...

Selain daripada anda lebih berpeluang membuat wang dalam USD, anda juga boleh menulis kebenaran tentang Malaysia dan menghalang wartawan-wartawan murahan dari US yang sedang menyampaikan maklumat yang salah tentang Malaysia, Melayu dan Islam.

Buat tempahan



Tetapi saudara/i...

Pernahkah anda terasa bahawa semakin banyak anda cuba belajar bahasa Inggeris, ianya menjadi semakin susah dan mengelirukan?

Anda tahu bahawa ia memerlukan pengetahuan, dedikasi dan usaha untuk menguasai bahasa Inggeris. Anda tahu bahawa ia tidak boleh berlaku dalam sekelip mata.

Anda tahu bahawa individu-indvidu yang benar-benar berjaya menguasai bahasa Inggeris, yang menikmati setiap kejayaan mereka... pendapatan tinggi, jawatan tinggi, peluang belajar dan melancong di luar negara, status yang lebih tinggi; tidak melakukannya dalam sekelip mata.

Tetapi anda tahu bahawa peluang itu ada, ianya wujud dan berbaloi dengan usaha yang anda sanggup lakukan.

Saya tahu bahawa ramai yang menghabiskan masa berjam-jam di internet mencari tips, teknik dan kaedah belajar bahasa Inggeris, memuat-turun pelbagai e-book dan panduan belajar bahasa Inggeris secara pantas...

Dan selepas semua "pembelajaran" ini, usaha yang begitu lama, pengorbanan diri, membelanjakan ribuan ringgit, dedikasi, tidak termasuk dengan masalah komputer, cd yang tidak boleh digunakan bahkan ada masanya anda langsung tidak faham apa yang disebut dalam audio yang diberikan, serta semua cabaran lain dalam hidup - anda rasakan bahawa pilihan yang anda ada adalah menangis, menjerit atau berputus asa untuk terus melakukannya.

Saya juga tahu bahawa ramai dikalangan anda tidak pernah berusaha sebegini kuat sepanjang hidup anda.

Jumlah peserta terhad. Buat tempahan sekarang

KelasEnglish.Com: Cara Mudah Belajar Bahasa Inggeris

Program Easy English
Program Easy English adalah program latihan 48 minggu yang dipecahkan kepada 4 level (peringkat). Dalam setiap level, terdapat 12 lesson di mana anda akan diberikan 1 lesson setiap minggu.
Berikut adalah perkara yang akan anda pelajari dalam setiap peringkat (Tidak disenaraikan dengan terperinci dan juga tidak mengikut urutan yang sebenar):

bullet Level 1: Beginner
Jika anda rakyat Malaysia dan bersekolah di Malaysia, anda sebenarnya bukanlah seorang beginner yang tulen, walaupun anda tidak tahu langsung bercakap bahasa Inggeris. Anda dikategorikan sebagai False Beginner (pemula palsu). Mengapa?

Realitinya, sekolah-sekolah di Malaysia mengajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Dan anda telahpun belajar bahasa Inggeris sekurang-kurangnya selama 11 tahun.

Bagaimanapun, dalam Level 1 ini, anda belajar perkara-perkara berkaitan present simple tense, contractions, preposition of place, questions words, pronouns, countable/ uncountable nouns, articles, plural nouns, dan demonstratives.

bullet Level 2: Elementary
Dalam Level 2 ini pula, anda akan belajar perkara-perkara berkaitan quantifiers, possessives, modal verbs, conjunctions, imperatives, present continuous tense, adverbs of frequency dan prepositions of time.

bullet Level 3: Pre-Intermediate
Seterusnya, dalam Level 3 anda akan belajar perkara-perkara berkaitan past simple tense, past continuous tense, future tense, adjectives, adverbs, gerunds, infinitives dan conditionals.

bullet Level 4: Upper Intermediate
Akhir sekali, dalam Program Easy English anda akan belajar perkara-perkara berkaitan adverbs of degree, present perfect tense, determiners, question tags, passive voice, wish, indirect questions, past perfect tense, future continuous tense, future perfect tense dan causative verbs.

Setiap lesson memerlukan masa lebih kurang 1 jam. Bagaimanapun, saya menggalakkan anda untuk memperuntukkan masa sekurang-kurangnya 2 jam setiap minggu untuk belajar dan membuat latihan yang diberikan.

Dalam setiap Lesson, anda akan menerima:

Course eBook
1 Course ebook yang menerangkan topik-topik yang dipelajari pada minggu tersebut. Ia turut dimuatkan dengan cerita-cerita motivasi untuk memberi semangat kepada anda. Turut diselitkan jenaka dan humor supaya anda tidak merasa bosan. Selain daripada itu, Course eBook ini juga memberi panduan latihan untuk anda.


Latihan-latihan bagi setiap topik yang dibincangkan. Latihan meliputi kefahaman dari bacaan, kefahaman dari pendengaran (audio) dan juga latihan menulis. Semua latihan ini diberi mengikut peringkat kesukaran (mudah ke sukar).
Latihan


Fail Audio
Fail-fail audio yang akan digunakan bersama Course eBook. Anda boleh belajar menyebut perkataan dengan betul melalui fail audio ini. Anda juga boleh membiasakan diri untuk memahami percakapan orang lain melalui pendengaran.


Bagi sesetengah topik, turut disertakan fail video untuk membantu anda belajar dengan lebih berkesan.
Fail Video


Blog Kelas English
Blog khas sebagai tempat untuk anda mendapatkan tips, teknik belajar serta maklumat terkini mengenai program ataupun perkara-perkara lain yang berkaitan dengan bahasa Inggeris.


Forum terhad yang hanya dibuka untuk peserta program. Anda boleh bertanyakan soalan, berbincang serta berkongsi pendapat dan masalah anda di sini. Selain daripada itu, anda juga boleh berkenalan dan saling memberi semangat untuk kekal dengan impian anda mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
Forum Khas


Melalui program ini anda akan dibimbing, langkah demi langkah, dari teknik belajar sehinggalah kepada isi pelajaran, dan segala intipati yang membolehkan anda menguasai bahasa Inggeris sehingga mahir. Anda juga akan belajar semua kemahiran yang diperlukan untuk berkomunikasi iaitu membaca, menulis, mendengar dan bercakap. Tidak lupa juga menyanyi... Cuma tidaklah sehebat Jennifer Lopez ataupun Ricky Martin.

"Tanpa perlu menghadiri kelas, tanpa perlu membuang masa dengan trafik jam, tak membazir minyak kereta, tak perlu bayar parking, tak perlu tinggalkan anak-anak pada pembantu rumah dan sebagainya. Saya boleh memilih masa sendiri untuk belajar. Sambil belajar pun boleh masak, boleh basuh pakaian malah pada bila2 masa yang terluang saya boleh mempelajarinya secara berkesan. Program Easy English adalah satu program yang amat bagus dan berkesan untuk semua peringkat tak kira samada pelajar sekolah rendah,menengah, university, orang dewasa atau sesiapa sahaja yang ingin mendalami bahasa ini."

Ktom, SaraeBooks.com
Ktom
Jadi, berapa harganya?

Persoalannya di sini adalah berapa kuat keinginan anda untuk saya membantu anda?

Kenyataannya adalah saya berharap agar saya boleh membantu anda semua... tetapi saya tidak mampu. Justeru, peserta bagi Program Easy English ini adalah terhad.

TEMPAH SEKARANG

Dan saya perlu memberi amaran kepada anda! Tidak ada orang yang akan mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris tanpa membuat latihan.

Jika anda malas dan lebih suka menonton "reality TV" atau menghadiri konsert JomHeboh, dan berharap orang lain melakukannya untuk anda, jangan memohon.

Oh! Jika anda mempunyai "teknik belajar" yang bernas, yang anda ingin beritahu kepada saya supaya saya boleh mengkaji dan membangunkannya serta menghantarkannya semula kepada anda lengkap dengan panduan bagaimana melaksanakannya... sila jimatkan masa anda.

Jadi saudara/i, ini adalah tawaran saya.. jika anda ingin menjadi salah seorang peserta Program Easy English yang berjaya mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, anda perlu bersedia untuk berlatih.

Apapun, biar saya beritahu anda tentang apa yang tidak dilakukan dalam program ini.

Program ini bukan untuk individu yang ingin belajar bagaimana menggunakan komputer. Jika anda adalah individu sedemikian, jangan terasa hati kerana itu bukan tujuan saya.

Jika anda adalah orang yang mencari satu program bagi mengajar pelbagai subjek, hanya supaya anda ada teman untuk chatting, atau semata-mata kerana anda ingin lulus dalam peperiksaan, maka program ini juga bukan untuk anda.

Siapa yang boleh berjaya dalam program ini.

"Program Easy English" adalah untuk mereka yang inginkan kejayaan dalam kehidupan mereka.

Ia adalah untuk individu yang sanggup melakukan apa saja bagi meningkatkan nilai kendiri.

Ia adalah untuk individu yang inginkan maklumat penting yang membolehkan mereka menguasai bahasa Inggeris.

Ia adalah untuk mereka yang ingin meningkatkan keyakinan diri mereka, online dan offline.

Biar saya beritahu anda satu rahsia: pakar tidak menguasai bahasa Inggeris dalam sekelip mata! Mereka tidak masuk saja ke kelas pada suatu hari dan mendapati, "Wow, I know how to speak English". Mereka melakukannya sedikit demi sedikit, langkah demi langkah.

Dan satu lagi perkara, kebanyakan daripada mereka mempunyai guru.

Biar saya ulang sekali lagi. Anda tidak perlu menjadi programer komputer, mendapat pangkat 1 dan 18 A dalam peperiksaan SPM atau mempunyai perniagaan sendiri.

Biar saya beritahu anda satu lagi rahsia: Untuk memastikan kejayaan anda bagi jangkamasa panjang, anda perlu mempunyai tujuan lain dari sekadar ingin lulus peperiksaan.

Sekadar lulus peperiksaan tidak akan membantu anda menguasai bahasa Inggeris bagi jangkamasa panjang. Tujuan anda perlu lebih besar daripada lulus peperiksaan. Jika anda benar-benar ingin membina asas yang kukuh untuk menguasai bahasa Inggeris.. berikan diri anda satu tujuan.

Saya percaya bahawa kita semua berhak mendapat pendidikan dan mengecapi kejayaan. Jadi tujuan saya, misi saya, inspirasi saya, adalah untuk membantu anda mencapainya dan itulah sebab kenapa saya memulakan KelasEnglish.Com.

TEMPAH SEKARANG

Jadi berapakah yuran penyertaan Program Easy English?

Baiklah, nampaknya anda tidak sabar-sabar ingin mengetahui berapa kosnya untuk menyertai Program Easy English ini.

Anda mungkin pernah mendengar tentang beberapa program yang percuma atau "murah". Dan itulah sebabnya kenapa program sebegitu "murah" atau "percuma". Saya telahpun menerangkan kepada anda bahawa program ini adalah satu-satunya program mentor bahasa Inggeris.

Bagi membolehkan saya membangunkan dan menyampaikan program ini, ia memerlukan kepakaran, penyediaan, kajian dan pelaburan yang besar dari pihak saya.

Bayangkan, anda boleh belajar dari tempat kegemaran anda. Tidak kira samada dalam bilik tidur, cafe pusat membeli-belah, taman rekreasi, atau di mana saja. Sudah tentu, jika anda memilih belajar dari rumah sahaja, anda telah menjimatkan wang untuk pengangkutan, minyak, makan, parking...

Jika anda adalah seorang isteri dan ibu, anda tidak perlu meninggalkan anak anda berseorangan di rumah, anda boleh belajar sambil membiarkan pakaian dibasuh dengan mesin, anda boleh juga belajar bersama-sama anak anda.. Hmmm.. masa berkualiti bersama keluarga?

Ya, kerana program ini bermula dari asas. Menjadikan ianya sesuai untuk semua peringkat umur. Apatah lagi kalau anak anda baru bersekolah rendah.

Pada mulanya, saya bercadang untuk mengenakan bayaran RM15 setiap 1 Lesson. Ini menjadikan jumlah RM15 x 48 Lesson = RM720 untuk keseluruhan program ini.

Adakah anda rasa ianya mahal? Tahukah anda bahawa kebanyakan kursus bahasa Inggeris berharga RM1500 hingga RM2500? Pilihan termurah yang anda ada adalah belajar bahasa Inggeris di pusat-pusat tuisyen bersama-sama dengan murid sekolah. Itupun yurannya di antara RM70 - RM100 sebulan. Belum lagi termasuk kos pengangkutan, minyak kereta, parking, makan minum dan buku-buku latihan yang perlu anda beli. Selain itu, anda juga perlu mematuhi waktu dan tempat yang ditetapkan.

Dengan Program Easy English, anda boleh menentukan sendiri waktu dan tempat anda belajar. Anda juga mendapat nota dan latihan yang lengkap bersama yuran yang dibayar. Tiada bayaran tersembunyi. Bayaran tambahan hanyalah caj internet untuk anda memuat-turun Lesson dan memasuki blog dan forum. Itupun anda tidak membayarnya kepada saya.

Dengan Program Easy English juga, anda mendapat private tutor yang boleh anda hubungi pada bila-bila masa - melalui forum, e-mail dan chat. Anda boleh mengulangkaji pelajaran pada bila-bila masa, sebanyak mana pun yang anda suka, kerana semua bahan pembelajaran telahpun anda perolehi.

Bagaimanapun, saya mahu menjadikan program ini mampu disertai oleh lebih ramai orang. Jadi, saya telah membuat beberapa pelarasan, tanpa mengurangkan kualiti dan kuantiti pelajaran yang anda akan perolehi, yuran untuk menyertai Program Easy English bagi setiap Level adalah RM120.

Baiklah, kerana anda adalah mereka yang terpilih. Anda adalah orang yang berkeinginan tinggi untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Anda adalah orang yang ingin meningkatkan nilai kendiri anda. Dan anda mahu melakukannya sekarang...

Saya ada tawaran terbaik untuk anda...

Yuran penyertaan Program Easy English bagi setiap level adalah...
Harga Normal


Ada lagi...

Jika anda menjadi 100 peserta pertama, anda akan menerima 4 Lesson percuma sebelum anda memulakan Program Easy English yang sebenar. Ia bertujuan bagi memberi peluang anda membiasakan diri dengan sistem KelasEnglish.Com ini.

TEMPAH SEKARANG

Kenyataannya saya berharap agar saya boleh membantu anda semua... tetapi saya tidak mampu. Saya mencari individu biasa yang mempunyai keinginan tinggi untuk berjaya... terutamanya dalam mencapai peringkat yang lebih tinggi dalam kehidupan.

Ini adalah apa yang saya harapkan daripada anda.

bullet Anda mestilah bersikap terbuka, boleh diajar dan sanggup bekerjasama dengan saya.
bullet Anda memberikan komitmen 100% untuk mencapai kedudukan lebih baik dalam kehidupan anda. Anda sanggup melakukan apa saja bagi menguasai bahasa Inggeris.
bullet Anda bersedia untuk melabur masa dan wang.
bullet Anda memahami dan menghargai nilai untuk bekerjasama dengan fasilitator profesional.
bullet Anda sanggup dipimpin, langkah demi langkah, ke destinasi tujuan anda.
Anda bersedia?

Jumlah peserta yang akan diambil untuk program ini adalah terhad. Sekarang, saya membuka penyertaan kepada 100 83 80 peserta sahaja. Apabila kumpulan ini telah penuh, program ini akan ditutup sehinggalah kumpulan tersebut menamatkan level 1 program ini.

Kemungkinan kumpulan ini penuh adalah sangat cepat. Jadi, jangan tunggu. Tempah tempat anda...

Sekarang, saya perlu memberi amaran kepada anda bahawa tidak ada jaminan wang dikembalikan bagi program ini...

Program ini akan menunjukkan kepada anda bagaimana berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan mahir, tetapi andalah yang perlu membuat latihan dengan konsisten dan bersungguh-sungguh. Jadi, jika anda adalah jenis individu yang menyertai program kerana program itu nampak hebat atau kerana anda akan kelihatan "cool" jika menyertainya, atau sekadar memenuhi "resume" anda, simpanlah duit anda. Tetapi, jika anda benar-benar telah bersedia untuk mengetahui teknik-teknik dan kaedah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris hingga mahir, inilah program untuk anda. Buat tempahan sekarang!

Berusahalah.



Salam ceria,

Ketua Fasilitator KelasEnglish.Com

Pemilik www.KelasEnglish.Com

Blogger www.CikguAzleen.Com 



P.S. Alasan adalah sebab utama mengapa ramai yang gagal menguasai bahasa Inggeris. Sementara alasan kelihatan benar bagi mereka yang mengatakannya, ia adalah punca. Jika anda terikut alasan, anda akan gagal. "Sebab" akan menghalang anda daripada mencapai keputusan yang anda inginkan.

Adakah anda ingin membiarkan "sebab" dan "alasan" menghalang anda? Jangan!

Jangan buat satu lagi alasan kenapa anda tidak boleh melakukannya.. atau kenapa Program Easy English ini tidak akan berkesan, untuk anda.

Lupakan Alasan anda! Kejar Impian Anda! Tempah sekarang!

P.P.S.: Saya menjangkakan respon yang tinggi untuk surat ini. Ingat ini adalah peluang keemasan, di mana anda akan diajar rahsia dan teknik belajar bagi menguasai bahasa Inggeris. Adalah penting untuk menempah tempat anda sekarang supaya anda tidak ketinggalan!

P.P.P.S.: Saya pasti bahawa sekarang anda telah dapat lihat bahawa anda tidak dapat kelebihan ini di tempat lain. Tetapi jika anda masih belum membuat keputusan, klik di sini untuk belajar 2 sebab utama orang gagal menguasai bahasa Inggeris.

Klik sini untuk menyertai Program Easy English sekarang!